‘Akan Umum Tarikh Kahwin Dalam Masa Terdekat’ – Neelofa

Difahamkan, hubungan antara pengacara terkenal iaitu Neelofa bersama PU Riz kelihatan semakin pulih apabila kedua-dua mereka saling Like di posting foto masing-masing. Malah, Neelofa juga kelihatan bantu PU Riz dengan mempromosikan buku Kaya Jiwa hasil tulisan PU Riz sendiri di IG Story, tempoh hari.

Terbaru, bekas pengacara Meletop itu akhirnya memberi respon mengenai kontroversi yang telah melanda hubungannya dengan PU Riz dan kecaman yang ditimpa keluarganya.

Semakin baik, semakin positif

Menerusi sesi temubual OHBULAN! bersama Neelofa, dia juga menjawab terhadap kontroversi yang melanda hubungannya bersama PU Riz baru-baru ini di mana secara tidak langsung telah mencetuskan salah faham. Dia turut mengakui hubungannya bersama PU Riz ada pahit manis yang mereka perlu harungi bersama.

Apa yang terjadi baru-baru ini ada salah faham dan lagi memburukkan keadaan. Malah, ketika hari itu pun kami berdua okay sahaja.

Tipulah cakap, setiap hubungan tu tidak ada pahit manis, kami juga mengalami pengalaman yang sama. Ada juga salah faham, mungkin menganggu. Kami berdua menghadapi dan menguruskan masalah itu dengan bantuan keluarga juga. Kami semua berbincang dengan baik, Alhamdulillah semuanya semakin baik, semakin positif.

Saya akan berkongsi nanti

Bertanyakan mengenai tarikh pernikahan Neelofa dan PU Riz, pengacara popular itu mengambil keputusan untuk tidak berkongsi dengan lanjut. Difahamkan, kedua belah keluarga telahpun mempunyai kata sepakat tetapi belum memilih tarikh yang sesuai ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dilaksanakan.

Saya rasa untuk berkongsikan yang lebih serius, saya akan berkongsi nanti. Saya akan share dalam masa terdekat. Inshaallah. Tapi dalam masa keadaan membuatkan kita ada limitasi untuk dapatkan betul-betul kepastian.

Saya juga ada hubungi beberapa pihak bertanyakan sesuai ke untuk adakan majlis. Di pihak kami pun 50/50 untuk kongsikan maklumat itu. Kita pun tak tahu PKP akan dilanjutkan lagi ke tak. Apapun kita akan ikut apa yang boleh atau sebaliknya.

 

Explain dan bincang elok-elok

Sumber foto: Twitter

Sementara itu, Neelofa turut memberi respon mengenai kec4man di alam maya yang tidak putus-putus mengenai keluarganya. Sehingga ada segelintir netizen mengelarkan mereka keluarga ‘Kardashian Kelantan’.

Alhamdulillah, semuanya slowly selepas kami jelaskan dan berbincang. Semua benda ni makin baik, hubungan kami semua makin baik. Kita pun bagi time untuk tidak memaksa semua orang untuk terima. Saya bersyukur sangat-sangat.

I dengan kec4man ni dah 10 tahun dah. Tak bagi apa beza pun untu dia orang labelkan. Tak beri kesan apa. Saya sebagai orang yang lebih berpengalaman dalam dunia public figure ni, saya nasihatkan dia orang.

Yela, masing-masing dah membesar, saya cuba yang terbaik. Orang pun cakap bukan-bukan di luar sana. Saya sebaik mungkin menjaga nama baik family.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

Sumber : OHBULAN

Be the first to comment on "‘Akan Umum Tarikh Kahwin Dalam Masa Terdekat’ – Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*