Penjelasan dibuat pengacara, Neelofa mengenai spekulasi yang ditimbulkan segelintir pihak membabitkan hubungan dengan pendakwah bebas, PU Riz mungkin belum cukup meredakan keadaan.
Kredit foto: IG Neelofa
Apatah lagi video dan kenyataan media yang diedarkan kepada media masih terus menimbulkan persoalan sejauh mana status hubungan pasangan itu.
Neelofa yang juga bekas pengacara MeleTOP hanya memaklumkan kedua belah keluarga dalam proses mencari titik penyelesaian.
Namun, di laman sosial pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu masih meneruskan rutin harian seperti biasa.
Berdasarkan ciapan di Twitter, Neelofa berkongsi dia tidak ambil hati atau terasa jika terdapat komen negatif membabitkan dirinya di laman sosial.
Ia bagi menjawab soalan pengguna laman Twitter yang bertanya bagaimana dia membiasakan diri atau selesa apabila membaca hantaran atau kandungan negatif mengenai dirinya.
“Sejujurnya, hampir setiap masa, saya akan ketawa sahaja kalau melalui situasi itu.
“Tidak ambil hati pun kerana tidak betul dan kenapa perlu terasa. Kemudian, seterusnya, kita ‘move on’,” katanya.
Kredit foto: Twitter
Jawpaan Neelofa itu mendapat pujian pengguna lain selain mendoakan dirinya terus kuat dan tabah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia
Be the first to comment on "“Saya Akan Ketawa Je, Benda Tak Betul Kenapa Nak Terasa?” – Neelofa"