[VIDEO] “Minta Maaf Pak Zain, Cik Robiah, Lama Tak Jumpa,” – Air Mata Azwan Ali Gvgur ‘Live’ Di TV3

Hos, Azwan Ali akhirnya tidak dapat menahan sebak lalu menitiskan air mata apabila berbicara mengenai kisahnya bersama penyanyi, Ziana Zain.

Menjadi pengacara bersama Elly Mazlein menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua yang bersiaran di TV3 malam tadi, Azwan awalnya dilihat sebak apabila mahu memberikan komen selepas ditanya Elly mengenai hal tersebut.

Dalam nada penuh emosi, Azwan mengakui sudah mengenali rakan artisnya itu sejak sekian lama.

“Ziana… saya kenal lama. Betul Ziana cakap tu, jangan judge kita. Jadi saya menghormati Ziana sebagai kawan begitu lama.

“Saya minta maaf pada Pak Zain, Cik Robiah… Lama saya tak jumpa,” dedah Azwan, 54, yang sinonim dengan sapaan Diva AA.

Sementara itu, Ziana yang dijemput sebagai tetamu undangan dalam program realiti berkenaan memaklumkan, orang lain tidak kenal akan sikap rakannya itu.

“Orang kalau tak kenal diknon (panggilan manja buat Azwan), mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dengan diknon macam-macam tetapi hubungan saya dengan dia, sahabat.

“Walaupun bertahun saya tak jumpa dia, saya selalu telefon dan bertanya khabar. Diknon sihat? Diknon buat apa? Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza. Kena faham itu,” balasnya.

Sedutan video tersebut lantas menjadi perbualan peminat yang sedia maklum mengenai keakraban dia figura terkenal itu.

Malah, Azwan sebelum ini pernah dikatakan menaruh perasaan terhadap penyanyi lagu Menadah Gerimis itu ketika di awal penglibatannya dalam seni.

Ikuti sedutan penuhnya di sini;

Antara komen peminat:

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

Sumber: MH

Be the first to comment on "[VIDEO] “Minta Maaf Pak Zain, Cik Robiah, Lama Tak Jumpa,” – Air Mata Azwan Ali Gvgur ‘Live’ Di TV3"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*