“Boleh M4ti Mengeejut Dlm Tempoh Sebulan” Sekali Ebit Lew Datang Jumpa Bob Lokman

USTAZ tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi, saya nak minta maaf pada semua ya. Saya sayang semua orang. Saya nak reda Allah,” kata-kata Bob Lokman yang menyentuh hati pendakwah Ustaz Ebit Lew pada Ahad.

Kisah kesusahan ditanggung penulis lirik lagu Isabella yang memerlukan bantuan untuk kos raw4tan dan pemasangan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) mendapat perhatian Ebit Lew.

Sebaik sahaja mengetahui berita tersebut, pendakwah terkenal itu terbang ke Pasir Mas, Kelantan untuk menziarahi Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 56.

Ebit berkongsi video pertemuaanya dengan Bob.

Menurut Ebit, Bob menitiskan air mata kerana terharu dengan kunjungan dan bantuan dihulurkan pendakwah itu untuk pembed4han jantung yang perlu dilakukan pada Isnin.

“Sayu rasa hati tadi dari pembukaan Elewsmart terus fly ke Pasir Mas, Kelantan ziarah Bob Lokman. Penulis lirik lagu Isabella. Saya balik petang ini juga. Pergi balik hari.

“Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembed4han jantung esok (Isnin). Kata bob, dia terharu saya datang jumpanya. Katanya, beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah.

“Tadi banyak berbual mengenai akh1irat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya, Bob Lokman menangis saja tadi,” tulis Ebit di laman Instagram miliknya,

Tadi banyak berbual mengenai akh1irat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai.

EBIT LEW

PENDAKWAH BEBAS

Ebit turut memuat naik video pertemuan mereka yang memperlihatkan Bob tidak dapat menahan air mata daripada terus mengalir.

Sebelum ini, Konsortium Irama (IRAMA) dengan kerjasama Bapakku FM dan Islamictune mewujudkan Tabung Bantuan Untuk Bob Lokman yang mengidap sakit jantung.

Pengerusi IRAMA, Ayob Abd Majid berkata, tabung itu bertujuan membantu kos perub4tan Bob serta membeli alat kawal degupan jantung yang diperlukannya.

Bob yang baru dibenarkan keluar hospital pada Jumaat lalu akibat masalah jantung terpaksa memohon bantuan dari segi kos raw4tan dan pemasangan alat IACD yang mencecah RM60,000.

Bob berharu dengan bantuan yang diberikan oleh Ebit.

Dalam pada itu, Ebit turut berkongsi perbualannya bersama Bob Lokman yang ingin terus menyampaikan dakwah kepada masyarakat sekiranya dipanjangkan usia.

“Segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang Bob Lokman selama ini Allah balas. Insya-Allah panjang umur selamat semuanya, dia akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat,” ujarnya.

Pada Januari lalu, Bob dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat masalah buah pingg4ng.

Bob juga pernah dimasukkan ke hospital yang sama pada 2015 dan kali terakhir pada Januari 2018 akibat masalah jantung bengkak serta paru-paru berair.

Kuala Lumpur: “Doktor maklumkan dalam tempoh sebulan ini, tak mustahil jika saya meningg4l dunia secara mengejut,”.

Demikian kata pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman mengenai keadaan kesihatannya kini.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 56, juga memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada kata-kata atau tindakannya ketika zaman kegemilangannya di kaca TV mengguri1s hati.

“Doktor maklumkan, saya berisiko tinggi untuk meningg4l dunia secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah.

“Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak d0sa. Maafkan sekiranya ada yang terguri1s dengan kesmbongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka saya yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca TV,” katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya, Bob berkata, dia baru dibenarkan keluar hospital hari ini selepas dua hari ditahan akibat masalah jantung.

“Saya menngalami masalah j4ntung sejak 1998. Rabu lalu, kali pertama saya berdepan situasi di mana jantung saya berdegup kencang. Ketika saya nak ambil wuduk, tiba-tiba saya 1pitam sekejap kerana oksigen tak sampai ke otak. Apabila saya tersedar sekejap, saya macam lupa apa yang saya sedang buat.

“Jadi, apabila dada saya mula sakit sampai ke bahagian belakang, saya minta sepupu saya hantarkan saya ke bahagian kecemasan di Hospital Univers Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, tak jauh dari rumah,” katanya yang kini berada di Kelantan.

Katanya, selepas diraw4t doktor memaklumkan jantungnya semakin membengk4k dan banyak parut. Ia membuatkan kadar denyutannya tak stabil.

“Satu cara adalah untuk memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantung,” katanya.

Namun, kos untuk pemasangan alatan itu dan juga kos raw4tan mencecah RM60,000 sekali gus memaksa Bob dan keluarga memohon bantuan.

“Selama ini, kos untuk ub4t-ub4tan saya setiap bulan mencecah RM700 sebulan. Itu tak menjadi masalah kerana saya masih lagi mampu untuk menanggung kos itu. Cuma apabila dimaklumkan kos raw4tan dan pemasangan alat IACD ini mencecah RM60,000, saya akui memang tak mampu. Jadi, saya mohon kalau ada yang sudi membantu untuk menderma.

“Terima kasih juga kepada pihak Muslim Care Malaysia yang sudi membantu. Alhamdulillah, ada juga rakan-rakan penderma yang sebelum ini pernah menderma untuk surau dan sekolah tahfiz yang saya bantu, kini membantu saya pula,” katanya.

Ahad ini, Bob akan menjalani ujian dar4h dan perlu melaksanan rawatan pemasangan IACD dalam masa sebulan.

Bagi sesiapa yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

Sumber : Mstar/ Harian Metro

Be the first to comment on "“Boleh M4ti Mengeejut Dlm Tempoh Sebulan” Sekali Ebit Lew Datang Jumpa Bob Lokman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*