“Saya Nak Kongsi Kebahagiaan Saya Je, Bukan Menunjuk-Nunjuk” – Haqiem Rusli Beli Kereta Mewah Menggunakan Duit Simpanan

Penyanyi Haqiem Rusli mengatakan tidak boleh menutup mulut sesiapa yang mungkin mengatakan tindakannya berkongsi foto dirinya membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz GLC 20 yang dianggarkan bernilai sekitar RM290, 000 pada Selasa.

Foto dirinya bersama kereta mewah yang baru diambil itu dikongsikan pelantun Adlina Marie itu di akaun Twitternya, semalam.

“Saya tak boleh salahkan netizen sebab mereka ada mulut untuk bercakap tapi kalau dipandang secara positif pun tak ada apa pun.

“Saya kongsikan gambar kereta baharu itu untuk memberikan semangat kepada golongan muda.

“Saya tak boleh salahkan sesiapa. Cuma kalau difikirkan secara positif ia bukan untuk menunjuk-nunjuk. Saya kongsikan kebahagiaan saya. Orang nak cakap tu cakaplah, saya tak ambil peduli pun,” katanya kepada Gempak.

Melanjutkan bicara, Haqiem mengakui dirinya memang menabung untuk memiliki aset yang diinginkan. Selain membuat simpanan untuk membeli rumah, dia juga menabung untuk membeli kenderaan.

 

View this post on Instagram

 

💛 MV ADLINA MARIE COMING SOON 💛

A post shared by MANAGER – 0136382215 (@haqiemrusli98_) on

“Saya memang ada target untuk beli rumah dan kereta. Saya baru minat kereta ini pada tahun ini. Bila duit tu cukup saya belilah sebab dan sampai masanya,” katanya yang juga mengasingkan duit perbelanjaan harian dan simpanan.

Ditanya mengapa tertarik memiliki kenderaan mewah tersebut, Haqiem menjawab ringkas.

“Saya beli kereta itu sebab saya sukakan corak, performance dan rekaan dalaman dan luarannya”, katanya yang ditemani bapa, Rusli Abdul Manaf sewaktu mengambil kenderaan tersebut semalam.

Meski sudah memiliki kenderaan tersebut, pemuda berusia 22 tahun itu mengaku masih belum memiliki lesen kenderaan memandu.

“Walaupun masih belum ada lesen kenderaan, insya-Allah saya akan selesai ujian berkomputer tidak lama lagi dan akan dapat lesen memandu sendiri,” katanya optimis.

Haqiem juga memberitahu kenderaan yang memiliki nombor plat kenderaan 1998 bersempena dengan tahun kelahirannya itu telah dibawa pulang ke destinasi paling penting dan pertama buatnya iaitu rumah keluarganya di Hulu Langat

Terdahulu, Haqiem telah membeli kereta idamannya dari jenis Mitsubishi Lancer secara tunai sewaktu dia berusia 19 tahun.

Kemudian, pada tahun lalu, Haqiem sempat menimbulkan spekulasi memiliki kereta mewah jenis Range Rover selepas memuat naik foto bersama kenderaan tersebut.

Namun Haqiem menafikan telah membeli kereta tersebut.

Twitter: Haqiem Rusli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Saya Nak Kongsi Kebahagiaan Saya Je, Bukan Menunjuk-Nunjuk” – Haqiem Rusli Beli Kereta Mewah Menggunakan Duit Simpanan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*