Seniman buat laporan p0lis, Zed Zaidi ded4h ada artis tertekan – “Ramai hubungi saya menangis, rasa terh1na dan kata nak bersara”

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan p0lis terhadap seorang selebriti yang merakam video berbentuk hasutan dan kec4man terhadap industri seni Malaysia.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Seniman, Zed Zaidi ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Menurut Zed, laporan itu dibuat oleh Pengerusi Biro Penguatkuasaan, Badrul Muhayat di Balai P0lis Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

“Laporan p0lis itu dibuat oleh Ahli Jawankuasa Seniman dan ahli-ahli lain yang bersepakat kerana video hasvtan yang hasilkan oleh selebriti itu menyebabkan industri seni dik3cam netizen.

“Gara-gara video tersebut, masyarakat salah faham dan mula menghentam anak seni Malaysia dan ini merupakan satu tindakan tidak wajar bermula daripada video yang di muat naik oleh selebriti ini.

Kenyataan Seniman di Instagram.

“Dia menjadi punca sehingga netizen berb4lah dan memberi kesan kepada artis. Malah, mereka juga terguris hati dengan kenyataan individu dalam video tersebut,” katanya.

Meskipun tidak menyatakan nama, namun rata-rata pengikut membuat andaian laporan p0lis itu dibuat terhadap pelakon Zarina Anjoulie yang sebelum ini pernah memuat naik video meng3cam tindakan beberapa selebriti yang mahukan bantuan daripada kerajaan kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, Zed berkata tindakan persatuan itu berlunaskan und4ng-und4ng dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap selebriti berkenaan.

“Laporan p0lis itu dibuat mengikut prosedur berlandaskan akta yang ada dan kita pun memang tak sebut nama di Instagram kerana biarlah semua orang menilai siapa wanita itu. Rasanya semua orang dapat meneka siapa selebriti itu.

Zed Zaidi ded4h ada artis menangis dan mahu bersara kerana dik3cam netizen.

“Sejujurnya daripada awal saya bersikap neutral dalam hal ini, tapi jika ahli sebulat suara merasakan ini keputusan terbaik, saya menyokong,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zed turut mended4hkan menerima panggilan daripada sebilangan anak seni yang kecewa dan kesal dengan penularan video itu.

Malah, ada yang meluahkan hasrat mahu bersara kerana tertekan dengan kec4man netizen.

“Video yang dimuat naik oleh individu itu menyebabkan ada anak seni yang tertekan… ramai yang hubungi saya menangis, rasa terh1na dan kata nak bersara.

“Mereka ini bukan dalam golongan 10 peratus yang berjaya, tetapi mereka ini adalah antara 90 peratus yang masih memerlukan bantuan untuk hidup.

“Dalam keadaan sekarang ni sepatutnya kita semua bersatu hati dan sepakat untuk membantu antara satu sama lain dan bukan berbalah begini,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Seniman buat laporan p0lis, Zed Zaidi ded4h ada artis tertekan – “Ramai hubungi saya menangis, rasa terh1na dan kata nak bersara”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*