“Ini Baru Betul Alumni Berjaya” – Netizen Cadang Rizalman Ibrahim Diangkat Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mencvri tumpuan wargamaya apabila namanya dicadang sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi menggantikan Datin Vivy Yusof.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @farhuntfadil berkongsi latar belakang Rizalman yang merupakan graduan seni lukis dan seni reka (fesyen) UiTM.

“Lepas ni Lembaga Pengarah UiTM tukar lah Vivy Yusof tu pergi ke Dato Rizalman Ibrahim. Ni baru betul the REAL alumni dan betul-betul respect dan seorang figura berjaya,” tulis pengguna tersebut menerusi satu kicauan.

Selain bergelar graduan fesyen, Rizalman juga cemerlang sebagai pereka hiasan dalaman, pengurus majlis, pengatur majlis perkahwinan serta personaliti TV.

Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya menyokong cadangan tersebut dan mengharapkan pihak UiTM mempertimbangkan cadangan mereka.

“@uitmofficial tolong pertimbangkan cadangan Ahli Lembaga Pengarah ni. Tolonglah ambil seseorang yang banggakan nama negara, ada sikap dan reputasi yang baik daripada seseorang yang selalu ada gos1p dan rendahkan orang lain,” luah seorang wargamaya.

“Dah lama dah rasa tak adil. Dato Rizalman Ibrahim dah jadi alumni UiTM,” kata seorang wargamaya.

“What? Sebelum ni mereka tak nampak ke Rizalman macam mana dalam industri fesyen tempatan?” tanya seorang wargamaya.

“Dato rizalman tak main politik. Kalau tak lebih dari tu dia boleh dapat, dia BFF Raja Permaisuri Agong kot,” kata seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Vivy menerima lantikan jawatan berprestij itu daripada Kementerian Pendidikan pada Mei 2019.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Ini Baru Betul Alumni Berjaya” – Netizen Cadang Rizalman Ibrahim Diangkat Ahli Lembaga Pengarah UiTM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*