“Busvk hati sampai nak tutup IG aku, korang dah lebih!” – Zarina Anjoulie, artis senior terus ‘per4ng’

SUSULAN kelantangannya menegur sikap sesetengah artis yang mengamalkan gaya hidup mewah dan suka menunjuk-nunjuk namun tetap merayu bantuan kerajaan, pelakon kontroversi Zarina Anjoulie kini menjadi ‘sasaran’ segelintir anak seni.

Terbaharu Zarina mengakui mendapat maklumat bahawa dia kini menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan artis menerusi aplikasi Telegram.

Antara lain kumpulan artis itu mencadangkan agar lap0ran polis dibuat terhadapnya selain kepada pengendali laman Facebook dan Instagram yang diguna artis berkenaan.

Bagaimanapun jelas Zarina, dia bukan punca golongan artis menjadi sasaran netizen berhubung isu rayuan bantuan ketika Perintah Larangan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Saya nak beritahu, saya bercakap secara umum, itu fakta! Saya pun orang dalam industri dan tahu apa saya cakap.

“Aku tak sebut mana-mana nama pun, korang kata aku punca netizen mar4h sampai korang kena kec4m… mereka memang dah kec4m korang pun sebelum tu.

“Sesetengah artis yang betul-betul mar4h sakit hati sampaikan buat group di aplikasi Telegram untuk membanteras dan kec4m Anju gi1la-gi1la. Malah nak rep0rt Instagram, Facebook dan nak sam4n Anju,” katanya.

Zarina membuat penjelasan tersebut menerusi rakaman video di Instagram pada Selasa.

Video yang dimuat naik olehnya pada Sabtu lalu mengundang rasa kurang senang segelintir artis.

Malah Zarina turut memuatnaik beberapa paparan skrin perbualan daripada Telegram membabitkan beberapa artis senior.

Pada Sabtu lalu, Zarina menegur sikap segelintir artis yang gemar menayang kemewahan namun hakikatnya tiada perancangan masa depan.

Menerusi rakaman video yang tular di laman sosial, Zarina berkata artis sepatutnya memohon bantuan daripada Persatuan Seniman atau rakan selebriti dalam industri seni, bukannya kerajaan.

Kenyataan Zarina dalam video tersebut mengundang rasa kurang senang segelintir anak seni.

“Itu aku tak puas hati, aku tak ada niat nak menjatuhkan korang atau tutup periuk nasi korang, tapi korang dah lebih-lebih!

ZARINA ANJOULIE

PELAKON

Sementara itu, Zarina turut mendedahkan dia menyimpan beberapa bukti perbualan di aplikasi Telegram itu dan mendakwa ada dalam kalangan artis menggelarnya dengan nama yang kurang baik.

“Dalam group itu korang a1ibkan aku, malukan aku dan sebar gambar aku… kenapa semua tergugat dengan aku seorang?

“Dengan screenshot yang aku dapat, aku boleh sam4n malu korang tau, jadi guna otak sekarang! Semua hi1na netizen kata IQ rendah, lembu… ingat sikitlah masa korang nak jual produk minta sponsor sana sini, kau memang jenis manusia tak bersyukur.

Seniman buat laporan polis terhadap seorang selebriti yang memuat naik video dikatakan menghina penggiat seni.

“Aku nak korang tahu tanpa netizen siapa nak sokong korang, korang hiburkan mereka? Ya tapi macamlah dia orang tak bayar bil, Astro untuk tengok korang tu! Siapa support korang? Netizen juga! Tolong jangan lupa,” ujarnya.

Sementara itu bercakap mengenai gerakan untuk melumpvhkan akaun laman sosialnya, Zarina menyifatkan ia satu perbuatan yang melampau.

“Ini tempat aku tolong orang kongsi review IG percuma, aku banyak buat benda baik untuk bantu orang! Yang aku sakit hati, kalau nak kenakan aku sendiri jangan sampai babitkan orang lain.

“Kalau kau buat aku, ramai orang terkesan sebab aku buat kerja amal melalui IG, busuk hati sampai nak tutup IG aku.

“Itu aku tak puas hati, aku tak ada niat nak menjatuhkan korang atau tutup periuk nasi korang, tapi korang dah lebih-lebih,” katanya.

Dalam pada itu Seniman menerusi ahli jawatankuasanya telah membuat lap0ran polis terhadap pelakon wanita berkenaan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

Sumber : Mstar/Apple Hijau

Be the first to comment on "“Busvk hati sampai nak tutup IG aku, korang dah lebih!” – Zarina Anjoulie, artis senior terus ‘per4ng’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*