RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq Jadi Tanda Tanya Orang Ramai

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan kehilangan wang tunai sejumlah RM250,000 milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang disimpan di kediamannya di  Kampung Tungku, Petaling Jaya. Difahamkan kehilangan wang itu disedari pada jam 7 malam pada 28 Mac lalu tanpa sebarang kesan pecah rumah. Menurut beliau, wang itu terletak di dalam peti besi yang mempunyai kata laluan yang hanya diketahui oleh dirinya sahaja.

Duit hilang

JENAYAH | RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq Bekas Menteri B

JENAYAH | RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed SaddiqBekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan kehilangan wang tunai sejumlah RM250,000 milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang disimpan di kediamannya di Kampung Tungku, Petaling Jaya.

Posted by Buletin TV3 on Sunday, 29 March 2020

Wang tunai lebih RM200,000 yang disimpan dalam peti besi di kediaman seorang bekas menteri dilaporkan hilang. Difahamkan, kehilangan wang itu disedari oleh m4ngsa kira-kira jam 7 malam kelmarin ketika memeriksa peti besi simpanan berkenaan.

Syed Saddiq juga dikatakan memeriksa wang dalam peti besi simpanan berkenaan kira-kira dua minggu lalu dan m4ngsa juga kerap meninggalkan kediamannya atas urusan kerja. Wang berkenaan katanya adalah milik parti politik.

Seorang wanita warga Indonesia telah ditahan bagi membantu siasatan. Siasatan sedang dijalankan dan buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat kerana tidak mahu mengganggu s1asatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal seorang pembantu rumah telah ditahan bagi membantu siasatan. Tambahnya lagi, pihaknya juga mendapati 18 kesan cap jari pada peti besi tersebut dan kini masih dalam s1iasatan.

Jadi tanda tanya netizen

Sumber : Sinar Harian, Buletin TV3/OhBulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

 

Be the first to comment on "RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq Jadi Tanda Tanya Orang Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*