Remaja Indonesia Bawa Trend Bergerak Atas Angin Ke Next Level

Ramai yang telah mengikuti cabaran bergerak tanpa pijak lantai, di mana pengguna TikTok menyunting video mereka supaya kelihatan seperti mereka bergerak di atas angin.

Seperti yang telah dikupas sebelum ini, trend yang bermula dari TikTok itu mengambil masa yang lama serta tenaga yang banyak untuk dihasilkan. Ini adalah kerana video tersebut perlu dirakam sambil melompat bagi setiap satu langkah pergerakan yang dilakukan.

 

Jika biasanya netizen hanya akan merakam aksi-aksi yang mudah seperti berjalan-jalan atau menyapu di dalam rumah, seorang remaja dari Indonesia ini walau bagaimanapun membawa trend itu ke tahap seterusnya.

Dalam video yang telah meraih lebih 2 juta tontonan, remaja itu memulakan aksinya dari saat dia keluar bilik dan bersedia untuk mandi.

Dia kemudian bersiap memakai baju dan turun ke bawah sebelum ke luar rumah. Remaja lelaki tersebut membawa motosikal dari rumahnya ke rumah rakannya, namun dia terlupa tentang penjarakkan sosial yang sedang dilaksanakan akibat Covid-19.

Atas sebab itu dia kembali semula ke rumah, namun dimarahi ibunya kerana tertinggalkan motor.

Setiap babak dalam penceritaan panjang itu dilakukan sepenuhnya sambil ‘terapung’ di atas angin. Malah ibunya juga turut melakukan aksi itu.

Lebih melucukan, remaja tersebut turut memuat naik proses pembikinan video itu yang dikatakan mengambil masa 6 jam serta 1 jam rehat.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen kagum dengan kesungguhan remaja itu di samping geli hati dengan gelagatnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Remaja Indonesia Bawa Trend Bergerak Atas Angin Ke Next Level"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*