“Sebelum ni nak cuti kena ambil MC” – Ramai terk3san ak1bat Cov1d-19, Instafamous hilang separuh job bulanan

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan ternyata memberi kesan kepada ramai penduduk di negara ini.

Selain golongan kanak-kanak, warga emas, kakitangan awam mahupun swasta, semuannya tidak terkecuali.

Malah, selebriti media sosial seperti Instafamous ataupun influencer juga turut merasai tempiasnya.

Bercerita kepada mStar, Shahrul Izwan Dona atau Ivan mengakui beberapa tawaran kerja yang sudah dipersetujui terpaksa ditunda dan dibatalkan akib4t wab4k Cov1d-19.

“Semua orang terjejas. Macam saya pun, sepatutnya ada dua trip tajaan, ke Langkawi (Kedah) dan Bandung (Indonesia) pada Mac dan April. Tapi dua-dua ditunda.

“Macam kerja-kerja review product, masih boleh shoot di rumah, tapi agak terbatas. Jadi kita pun kena lebih kreatif,” ujar jejaka berusia 29 tahun itu.

Antara menu yang dipelajari Ivan dalam tempoh PKP.

Memperincikan lagi situasi semasa yang dialami, Ivan mengakui tawaran kerja juga sedikit berkurangan dek Cov1d-19 yang melanda.

Namun katanya, dia tidak begitu terjejas memandangkan dirinya bukanlah seorang yang jenis boros berbelanja.

Job tak banyak macam sebelum ni. Kalau contoh bulan biasa ada 30 job, dalam musim Cov1d-19 mungkin ada 15 sahaja. Itu pun belum confirm lagi.

Pada saya, apa yang perdana menteri sarankan tu adalah benda betul. Sebelum ni nak cuti kena ambil MC (sijil cuti sakit), sekarang kerajaan dah bagi cuti, jangan cari alasan lain pula.

SHAHRUL IZWAN DONA

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

“Ada juga dapat job tapi mereka kurangkan bajet sebab Cov1d-19. Kita pun faham, semua orang terkesan.

“Paling kesian mereka yang kerja sendiri, freelance dan berg4ntung kepada pendapatan harian,” jelasnya yang memiliki lebih 46,000 pengikut di Instagram.

Bercerita mengenai aktiviti sepanjang tempoh PKP, anak kelahiran Pagoh, Johor itu menetap bersama keluarga kakanya di Rawang, Selangor buat sementara waktu.

Dua trip tajaan Ivan terp4ksa ditunda gara-gara PKP yang bermula pada 18 Mac lalu.

Selain bersenam untuk mengekalkan kecergasan diri, Ivan turut mempelajari teknik masakan beberapa menu sepanjang tempoh itu.

“Saya tak sempat nak balik Johor, masa tu PKP sudah diumumkan oleh perdana menteri. Sekarang ni saya ada belajar memasak dengan kakak… buat laksa Penang. Lepas tu ada juga buat dalgona coffee, tortilla wrap, ayam masak lemak cili padi dan beberapa lauk ringkas lain.

“Kalau dari segi senaman, saya memang jarang pergi gim. Selalu work out di rumah,” ujarnya yang berdarah kacukan Jawa, Bugis, Melayu dan India.

Ivan mengakui jarang ke gim sebaliknya lebih gemar bersenam di rumah.

Dalam pada itu, Ivan turut menyarankan kepada orang ramai agar patuh arahan pihak berkuasa dalam membendung wab4k Cov1d-19 di negara ini.

Malah kata Ivan, dia juga menggunakan platform media sosial miliknya untuk mendidik masyarakat serta menyebarkan maklumat tepat dan bermanfaat mengenai wab4k itu.

“Dengan pengikut yang ada, kita boleh sebarkan maklumat berguna. Tapi kena buat research juga. Kena pastikan maklumat tepat.

“Pada saya, apa yang perdana menteri sarankan tu adalah benda betul. Sebelum ni nak cuti kena ambil MC (sijil cuti s4kit), sekarang kerajaan dah bagi cuti, jangan cari alasan lain pula,” katanya dalam nada berseloroh.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Sebelum ni nak cuti kena ambil MC” – Ramai terk3san ak1bat Cov1d-19, Instafamous hilang separuh job bulanan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*