Dip4ksa terjun laut disy4ki dij4ngkiti Covid-19

TEKONG warga asing yang mengalami b4tuk, selesema dan demam dip4ksa terjun ke laut oleh awak-awaknya kerana dikhuatiri dij4ngkiti wab4k Cov1d-19 di perairan Pulau Bidong, Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Tindakan itu menyebabkan tekong bot warga Thailand berusia 40-an berkenaan terp4ksa berenang satu kilometer ke Pantai Bidong.

Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, m4ngsa diselamatkan Pasukan Polis Marin (PPM), semalam selepas dimaklumkan nelayan tempatan.

Katanya, ketika ditemui mangsa dalam keadaan tidak bermaya.

“Hasil temubual dilakukan, tekong bot itu dip4ksa terjun dari bot akibat meng4lami b4tuk, selesema dan deman selepas beberapa hari lalu keluar menangkap ikan.

“Kita difahamkan, dia dipaksa terjun ke laut ketika memasuki perairan Pulau Bidong Sabtu lalu, manakala bot berpatah balik ke negara asal,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di Pasar Borong Kampung Gong Pauh, Kuala Terengganu, hari ini. Turut membuat tinjauan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim; Exco kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah; Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Abdul Rahim Md Din dan Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.

Roslee berkata, tiada sebarang dokumen ditemui ketika pemeriksaan dilakukan ke atas tekong berkenaan.

“Dia kemudian dihantar ke pusat kuarantin di Marang semalam,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Roslee mengesahkan, seramai 63 individu ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dikuatkuasakan 18 Mac lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 42 kertas siasatan dibuka untuk proses pendakwaan.

“Bagi memastikan seluruh masyarakat di negeri ini mematuhi PKP, kita menambah operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) daripada 27 lokasi kepada 64 di seluruh negeri,” katanya.

Mengulas mengenai pegawai dan anggota polis yang terp4ksa dikuarantin, Roslee berkata, daripada 40 yang terp4ksa dikuarantin, dua daripadanya disahkan neg4tif Cov1d-19.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

Sumber: Hmetro

Be the first to comment on "Dip4ksa terjun laut disy4ki dij4ngkiti Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*