Azar Azmi putus tunang dengan penerbit filem – “Saya dan dia dah tak berkawan, sampai sini saja jodoh kami”

Hafiz mengesahkan dia dan Azar sudah putus tunang sejak Februari lalu.

TIADA angin tiada ribut, penerbit filem Hafiz Rozlan mengesahkan ikatan pertunangannya dengan pelakon Azar Azmi sudah berakhir sejak 10 Februari lalu.

Hafiz memberitahu dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan Azar namun enggan mengulas lanjut mengenai punca keretakan hubungan antara mereka.

“Ya… betul kami sudah putus tunang. Keputusan untuk berpisah ini memang daripada pihak saya tapi punca kami putus terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya harap semua faham.

Azar Azmi.

“Bagi saya, semuanya soal jodoh. Jadi, sampai sini saja jodoh kami berdua,” kata Hafiz menerusi mesej yang dikirimkan di aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Azar dan Hafiz bertunang pada 1 Disember tahun lalu dalam majlis ringkas yang dihadiri ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja.

Pasangan itu merancang bertunang selama setahun dan majlis pernikahan sepatutnya berlangsung pada hujung tahun ini.

Dalam pada itu, Hafiz mengakui dia dan pelakon drama popular Pujaan Hati Kanda itu kini tidak lagi berhubung selepas mereka berpisah.

Keputusan untuk berpisah ini memang daripada pihak saya tapi punca kami putus terlalu peribadi untuk dikongsikan.

HAFIZ ROZLAN

PENERBIT FILEM

“Saya dan dia tidak lagi berkawan selepas kami putus.  Doakan yang baik-baik untuk kami berdua, dan saya doakan yang terbaik untuk Azar juga,” ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 4 Disember tahun lalu, Hafiz menafikan d4kwaan segelintir pihak yang mengatakan aktres itu menjadi punca perc3raiannya sebelum ini.

Selain itu, Hafiz turut mengakui status dirinya adalah seorang bapa tunggal dan sudah beberapa tahun berc3rai dengan bekas isterinya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Azar Azmi putus tunang dengan penerbit filem – “Saya dan dia dah tak berkawan, sampai sini saja jodoh kami”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*