“Aku Keliru, Adakah Sedekah Jariah Perlu Dikongsi Di Media Sosial,” – Syamsul Yusof

 

Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof menyatakan rasa keliru berhubung amal ibadat bersedekah pada masa kini.

Soalnya, adakah seseorang dianggap tidak prihatin andai tidak mempertontonkan amalannya di media sosial.

Malah jelasnya menerusi satu entri di Instagram, dia tidak menghakimi sesiapa sebaliknya bimbang andai niat ikhlas itu hilang apabila amal dipertontonkan.

“Zaman ini..aku keliru, adakah sedekah jariah perlu dikongsi di media sosial. Adakah insan dianggap tidak prihatin jika tidak dipertontonkan amalnya.

“Terpulang, tidak menghakimi sesiapa hanya khuatir rasa ikhlas pudar dari jiwa. Zaman ini sungguh aku keliru.

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pengiktirafan Mu itu lebih maha penting daripada pengiktirafan manusia,” tulisnya.


Lalu menerusi ruangan komen, para peminat memberikan reaksi yang bercampur-campur dan ada rakan selebriti yang turut memberikan komen.

Foto : Instagram Syamsul Yusof

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Diari Dunia

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Aku Keliru, Adakah Sedekah Jariah Perlu Dikongsi Di Media Sosial,” – Syamsul Yusof"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*