
Oleh kerana seringkali ditanya netizen perihal ibu bapanya, Datin Shahida akhirnya telah berkongsi sekeping foto ibu bapanya di laman Instagram miliknya.
Datin Shahida juga turut mengimbau kenangan masa kanak-kanak dahulu. Menurutnya, bapanya hanya bekerja sebagai pemandu teksi manakala ibunya bekerja di pejabat.
“Ramai orang tanya mak ayah saya…ni la mak dan ayah saya…x ada mereka x ada lah saya….kalau tanya perangai saya ikut perangai siapa saya pun x tahu campur2 lah agaknya…ada sikit ambil perangai ayah sikit ambik perangai mak….
.
Dulu ayah saya bawa teksi membesarkan kami 7 beradik…….saya seorang perempuan…biasa sebelum dia keluar bawa teksi pagi2 dia dah susun duit belanja sekolah atas TV ambik la sorang satu…sekarang ni paling rajin telefon saya (hari2 telefon tanya khabar) risau sungguh dia dgn saya) hari2 saya cakap saya ok je jgn risau❤️…saya baik2 sahaja
.
Mak saya pula kerja pejabat…pagi2 sebelum kerja dia akan masak dulu untuk anak2 makan sampai la dia balik kerja nanti…….gitulah jadi mak ayah kan sekarang masa saya pula jadi ibu jaga anak2……bukan senang nak besarkan anak2 zaman sekarang….mcm2 pengaruh…..
.
Semoga semua ibu bapa kita diberi kesihatan yg baik dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat!!”, tulisnya panjang lebar.
Rata-rata pengikut memberi komen pada kemaskini tersebut dan mendoakan agar Datin Shahida menjadi anak dan isteri yang solehah kepada ibu bapa dan suaminya.
Sumber: Instagram Datin Shahida Herbs
Leave a Reply