
Terpilih untuk melakonkan watak Tun Dr. Siti Hasmah, pelakon Nad Zainal teruja dan seakan tidak percaya dengan perkara tersebut.
Dipilih untuk melakonkan watak tersebut dalam filem Hasmah Biopic adalah suatu pencapaian yang besar untuk kerjayanya sebagai pelakon.
Namun, dia akui turut berasa gementar kerana perlu bekerja dan berusaha keras untuk menjayakan watak tersebut dan memenuhi jangkaan penonton.
Menurutnya, dia akan berjumpa dengan Tun Siti Hasmah tidak lama lagi dan akan memanfaatkan perjumpaan tersebut dengan sebaiknya dan semoga dapat membantu dia lebih menghayati watak tersebut.
Filem Hasmah merupakan sebuah filem Biopik Romantik yang berkisarkan tentang kisah cinta dan pengorban Tun Dr. Siti Hasmah terhadap suaminya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Penggambaran dikatakan akan bermula pada bulan Mac 2020 dan dijangka akan muncul di pawagam pada hujung tahun hadapan.
Sumber: Instagram Nad Zainal
Leave a Reply