
Kian menyerlah di Indonesia, pengacara dan juga model Malaysia, Uyaina Arshad semakin diterima di negara tersebut dan meraih ramai peminat.
Bermula dengan meraih juara dalam Pencarian Nona Manis 2015, Uyaina telah bergiat aktif dalam pelbagai rancangan dan program seperti Nona, Wanita Hari ini dan lain-lain lagi.
Selain dari bidang pengacara, gadis yang berasal dari Perak ini juga menceburkan diri dalam bidang lakonan. Antara drama yang pernah dibintanginya ialah Lelaki Kiriman Tuhan, Curi-Curi Cinta dan Sara Sajeeda.
View this post on Instagram
@whitv3 today š¤ Salahkah perigi mencari timba? š¤ #UyainaArshad #whitv3
Kini, gadis berusia 27 tahun itu telah menerima banyak tawaran di Indonesia untuk menyertai Golden Memories Asia 2019, menjadi hos untuk Dangdut Akademi dan lain-lain lagi.
Walaupun semakin menempah nama di negara jiran, namun menurut Uyaina dia tetap tidak melupakan kerjaya di negara sendiri kerana di sini bermula segalanya.
BIODATA UYAINA ARSHAD
Nama: Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad, Anak bongsu daripada empat orang adik beradik
Tarikh Lahir: 16 November 1992
Negeri Asal: Kuala Kangsar, Perak
Pusat Pendidikan: Universiti Malaya
Anugerah: Juara Pencarian Nona Manis 2015, Juara Puteri Muslimah Asia 2018
View this post on Instagram
Sekadar imbas, pada Mac lalu Uyaina pernah dimasukkan ke h0spital Petaling Jaya dan disahkan menghidap kompl1kasi jantung Supraventricular tachycardia (SVT.
Namun setelah beberapa kali menjalani rawatan, tahap kesihatan Uyaina kini berada dalam keadaan stabil.Ā
Sumber: Instagram Uyaina Arshad
Leave a Reply