Setelah setahun lebih mendirikan rumah tangga bersama laleki pilihan, penyanyi Shila Amzah dilihat kian bahagia dan harmoni.
Baru-baru ini, pelantun lagu Tiada Dirimu ini telah memuatnaik sekeping gambar dia bersama suami sebelum mendirikan rumah tangga. Menerusi kemas kini tersebut, Shila meluahkan rasa syukur atas kebahagiaan yang dikecapinya selama ini.
“I saw this hashtag on twitter and I’m like “why not”
I’m so lucky and blessed to be married to my “ex boyfriend” sebab sekarang dah jadi husband 😁
This photo feels like a million years ago.. Pre-Seth of course.
Rindu nak dating, Dan berjalan over 20000 steps(bukan dekat Malaysia) dengan segigih hati, demi cinta.. Haha agitew 😘”, tulisnya sambil sertakan palang #happynationalboyfriendday
Menjengah ke ruangan komen, peminat turut mendoakan kebahagiaan penyanyi kesayangan mereka itu.
Untuk rekod, Shila Amzah telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada April lalu.
Sumber: Instagram Shila Amzah
Leave a Reply