
Anak kecil memang gemar mengikut ibu pergi kemana saja. Seboleh-bolehnya mereka mahu berada di samping ibu setiap masa.
Begitu juga dengan anak Nad Zainal yang mesra dipanggil sebagai Yem yang kelihatan gembira apabila dapat mengikut ibunya membuat latihan di tempat kerja.
Telatah Yem mengikut cara pergerakan Nad Zainal dan kelihatan teruja sepanjang latihan telah mencuit hati ramai orang. Rakaman video tersebut telah di kongsi oleh Nad Zainal di laman Instagram miliknya.
“Dia sangat excited dapat teman latihan.. siap kata “Nak lagu lagi” 🤣”, tulis Nad.
Peminat yang rata-rata terhibur dengan gelagat Yem telah meninggalkan komen mereka di entri tersebut.
Sumber: Instagram Nad Zainal
Leave a Reply