Lotus, Nona, Pasir Mas Dan Tiga Antara Enam Nama Koleksi Lip-Matte Neelofa x Young & Glow

Menerusi kolabrasi terbaru Neelofa x Young & Glow, iaitu jenama produk kecantikan ibu kandungnya, Datin Noor Kartini telah mengeluarkan satu set koleksi lip-matte.

Enam rona yang hadir dalam koleksi tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan sejarah hidup Neelofa. Menurutnya, enam rona tersebut ialah Lotus, Pasir Mas, MRSM, Tiga, Nona dan Kelantan.

Difahamkan setiap nama rona mempunyai maksudnya yang tersendiri. Rona Lotus atau teratai ialah sempena maksud namanya sendiri iaitu Neelofa.

Rona Pasir Mas pula diambil sempena daerah kelahiran, manakala rona Kelantan pula mewakili negeri pengacara dan usahawan popular itu dilahirkan.

Rona Tiga pula mewakili dirinya sebagai anak yang ketiga dalam keluarga. Manakala MRSM pula ialah nama sekolah Neelofa menimba ilmu.

Selain itu, rona Nona pula diambil sempena kerjaya nya yang bermula dari rancangan popular Nona.

 

 

View this post on Instagram

 

There is no such thing as too many lipsticks #youngandglowXneelofalipmatte

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

 

 

Sumber: Instagram Neelofa, Young and Glow Hq

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*