
Saat manis di kala bercinta pasti selalu diingati oleh pasangan. Terbaru, pelakon Saharul Ridzwan telah mengimbau kembali kenangan surat cinta yang ditulis oleh Deena ketika di tahun 2014. Namun ianya bukanlah surat cinta yang tipikal.
Menerusi surat yang di tulis oleh Deena, dia meminta agar Saharul mendengar surah-surah dalam cd yang dihadiahkan olehnya.
“Terjumpa pulak surat cinta dari ex-girlfriend, tahun 2014! Alhamdulillah. Dah jadi isteri dah sekarang. Jiwang jugak bini aku ni dulu rupanya. 😆😍”, kongsi Saharul pada entri laman tersebut.
Perkongsian dari Saharul telah mendapat komen dari isterinya sendiri.
Menerusi di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kemanisan cinta mereka yang berkekalan sehingga berkahwin,.
Sumber: Instagram Saharul Ridzwan
Leave a Reply