
Pencapaian Yuna atau nama penuhnya,Yunalis binti Mat Zara’ai di luar negara semakin memberangsangkan dari tahun ke tahun.
Penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu ‘Dan Sebenarnya’ itu menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dalam bidang nyanyian.
Terbaru, Yuna telah berkongsi sekeping foto dia dan rapper tekenal Amerika, Cardi B dalam satu majlis acara Pertunjukan Fesyen Paris yang berlangsung di Le Grand Palais.
Selain Cardi B, Yuna juga turut berkongsi sebuah rakaman video dia sempat berganbar dengan salah satu ahli kumpulan popular Korea BlackPink, Jennie.
Sekadar imbasan, September lalu Yuna mengumumkan bahawa dia telah dilamar oleh satu agensi model terkemuka, Wilhelmina Models yang telah menaung ramai artis bertaraf dunia seperti Kendall Jenner, Nicki Minaj, Shawn Mendes dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Yuna
Leave a Reply