
Komuniti Awani ialah satu segmen yang dianjurkan oleh Awani dimana artis-artis akan membacakan berita tentang cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti.
Sudah ramai artis yang terlibat dalam program ini seperti Naim Daniel, Ben Amir, Jihan Musa dan ramai lagi. Terbaru, pengacara Sheery Al-Hadad pula yang terpilih untuk mengacarakan segmen itu.
Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah cara persembahan Sherry dalam menyampaikan berita tersebut. Gaya tangan dan ton suara yang dibuatnya membuatkan ramai yang terhibur.
Sherry turut berkongsi rakaman segmen tersebut dalam laman Instagram miliknya.
“Kalau saya baca berita awak nak tengok tak?”, tulisnya sambil sertakan palang #komunitiawani
Rata-rata peminat dan juga rakan artis terhibur dengan telatah Sherry itu lalu meninggalkan komen di laman komen entri tersebut.
Sumber: Instagram Sherry Al Hadad
Leave a Reply