Deepika Padukone ‘Payung’ Komen Guru Sekolah Tentang Perangainya, Suami Pula Setuju!

Wajah pelakon jelita Bollywood, Deepika Padukone seringkali menghiasi layar televisyen dan media sosial. Wanita yang berusia 33 tahun itu dikenali dengan bakat dalam bidang lakonan dan turut memenangi beberapa anugerah termasuk tiga anugerah Filmfare.

Terkenal dengan sikapnya yang selalu ceria,kelakar dan mesra, pelakon cantik itu sememangnya disukai ramai dan mempunyai berjuta pengikut di Instagram.

Terbaru, Deepika dilihat memuatnaik gambar buku laporan  persekolahannya di laman Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu, Deepika menunujukkan komen guru-guru terhadapnya ketika di zaman persekolahan.

 

 

View this post on Instagram

 

Oh!🤷🏽‍♀️

A post shared by Deepika Padukone (@deepikapadukone) on

 

 

View this post on Instagram

 

Hmmmmm…🤔

A post shared by Deepika Padukone (@deepikapadukone) on

 

 

View this post on Instagram

 

Really!?!?😲

A post shared by Deepika Padukone (@deepikapadukone) on

Pekongsiannya itu telah mencuit hati ramai pihak termasuk suaminya sendiri dan rakan artis yang lain. Dilihat suaminya sendiri iaitu pelakon, Ranveer Singh juga berseloroh mengatakan bersetuju dengan perkara tersebut. 

Untuk rekod, Deepika Padukone telah berkahwin dengan pelakon Bollywood terkenal, Ranveer Singh pada November 2018.

Sumber: Instagram Deepika Padukone

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*