Baru-baru ini, pelakon cantik Farah Nabilah telah ‘throwback’ sekeping foto yang diambil bersama Izara Aishah kira-kira lapan tahun lalu.
Perkongsian itu dimuatnaik sempena ulang tahun kelahiran Izara Aishah yang ke-27 baru-baru ini. Namun apa yang menari perhatian peminat ialah imej Farah yang berwajah tomboi dan berambut pendek.
“This was us, 8 years ago. 😂 (yes, my rambut pendek haha) Happy Birthday @izaraaishahofficial ! I remember ok! Sini Baru 27th 😛 Ok bye!”, tulisnya pada entri laman tersebut.
Lantas, gambar tersebut telah mendapat komen dari Izara dan rakan artis yang lain.
Menerusi ruang komen, rata-rata pengikut terkejut dengan gaya lama Farah malah turut memuji wajahnya yang tak dimakan usia.
Sumber: Instagram Farah Nabilah
Leave a Reply